SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4

SMK TUN HABAB KOTA TINGGI

Penulis:Mohamad Farhan Sukiman

Felcra Sungai Ara Kota Tinggi.Johor.

 

Alhamdulillah…………..

Bersukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan folio Bahasa Melayu yang bertemakan ‘Sains Dan Teknologi’ di bawah tajuk ‘Komputer’

Pertamanya terima kasih kepada Puan Rohaini Binti Abdullah selaku guru matapelajaran bahasa melayu di atas tunjuk ajar dan dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu sama ada secara langsung atau tudak langsung dalam membantu menyiapkan folio bahasa melayu ini dalam masa yang ditetapkan.

Kepada mereka yang membantu terima kasih diucapkan. Jasa anda sangat saya hargai.

Sekian wassalam………

______________________________________________________________________

Perkembangan di dalam bidang teknologi komputer amat memberangsangkan.Tanpa bantuan mesin yang dipanggil komputer ini segala kerja yang rumit pasti sukar dilakukan oleh manusia.

 

Dalam masa yang singkat kamputer telah dapat mengisi ruang sebahagiandaripada penduduk negara maju,malah negara Malaysai sendiri.

 

Seharusnya masyarakat negara kita mempunyai sifat ‘celik komputer’. Seseorang yang ‘celik komputer’ akan mempunyai kefahaman yang asas tentang komputer.

 

Golongan ini juga ini tahu yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan oleh komputer. Mereka juga boleh menggunakan komputer sebagai satu alat untuk kegunaan peribadi dan juga untuk tugasan profesianal.

 

Masyarakat yang ‘celik komputer’ juga boleh berinteraksi dengan komputer menggunakan pemprosesan perkataan, pangkalan data serta lembaran hamparan yang terdapat pada komputer yang dimiliki.

 

Perlu juga diingati masyarakat yang ‘celik komputer’ perlulah mempunyai beberapa idea mengenai kesan sosial yang berpunca daripada teknologi komputer yang berkembang dengan pesat.Oleh itu marilah kita memepelajarinya untuk kita menjadi ‘celik komputer’.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

display card

Ia terdiri daripada kad paparan (display card) dan kad bunyi (sound card). Kad-kad ini disambungkan kepapan utama dengan menggunakan slot-slot tambahan yang terdapat di papan utama.

Slot-slot ini juga dikenali dengan nama bus slot dan fungsinya sebagai alamat kepada papan utama.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Peranti input

Peranti input dipasangkan kepada komputer untuk memesukkan ‘data’ kepadanya. Peranti data dimasukkan ke dalam komputer.

Data yang hendak diproses perlulah dimasukkan ke dalam komputer terlebih dahulu.Fungsi utama peranti input ialah menukarkan data yang diperlukan kepada kod-kod nadi elertronik yang mampu digunakan oleh komputer.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Peranti output

Hasil yang telah siap dimasukkan ke dalam peran ti output oleh komputer, dimana terlebih dahulu peranti output tersebut disambung kepada komputer.

Peranti output mestilah telah ada untu output data atau maklumat yang telah diperoses daripada komputer.Ia amat bergantung kepad aperanti tertentu yang digunakan.

Data-data yang telah dioutput daripada komputer ini yang disambungkan kepada sistem komputer adalah terhad kepada reka bentuk komputer dan jenis pemprosesan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

papan kekunci.

Ia merupakan satu atau lebih aksara (huruf,digit atau symbol) dalam butir data yang digunakan untuk mengecam atau mengawal penggunaan butir data.

Selain daripad itu, setiap papan kekunci juga mempunyai suis kekunci. Ia kebiasaannya berada di bawah kekunci papan kekunci.

Jika ditekan kekunci akan terjadilah sentuhan dan isyarat dihantar ke komputer sesuai dengan kod huruf yang sama padan skrin monitor.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Central Processing Unit

Ia merupakan papan utama dalam sesebuah komputer. Disinilah terdapatnta CPU(Central Processing Unit) dan juga Cip(Mikropemproses). CPU merupakan otak bagi komputer danterdiri daripada unit aritmetik/logic(ALU) serta satu unit kawalan (CU).

Unit Aritmetik / Logik merupakan mesin kira bagi sesuatu komputer.Ia berupaya melakukan semua pengendalian aritmetik di samping fungsi untuk membuat keputasan dan fungsi suntingan.

Unit Kawalan pula merupakan polis trafik komputer.Tugasnya menyelaras dan mengawal semua pengendalian yang terjadi di dalam unit pemprosesan pusat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

CD-Rom drive

Pada dasarnya sesebuah komputer mengandungi pemacu liut 5/3.5 inci (disk drive A atau disk drive B). Untuk komputer system multimedia pula, pemandu cakera paadt (CD-Rom drive) diperlukan.

Kebisaannya ia akan diletakkan berhampiran dengan pemacu cakera liut dan disambungkan ke kad bunyi dengan satu kabel yang halus. Kemudiannya ia akan menghasilkan bunyi terus dari permainan cakera padat muzik atau video.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Komputer generasi pertama

Komputer generasi pertama ini merupakan generasi yang menggunakan tiub, vakum (tiub hampas gas) untuk perlitaran, storan data dan suruhan.

Tiub vakum bersaiz besar dan menimbulkan masaalah haba yang tersangat tinggi dan tidak pernah menjadi peranti elektronik yang beleh dipercayai.Kerapkali pengendalian terganggu dan tidak cekap.

Selepas itu, teras magnatik mula menggantikan tiub vakum sebagai peranti ingatan utama dalam mesin awal ini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Contoh komputer generasi pertama:

ENIAC (Electronic Numerator Integrator Analyser and Computer)

UNIVAC (Universal Automotic Computer )

IBM (International Business Machines)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

generasi kedua

Dalam generasi kedua, transistor menggantikan tiub vakum di dalamlitar komputer.

Transistor pula merupakan satu suis dan mempunyai kelajuan yang mengkagumkan serta saiznya yang kecil.

Komputer pada generasi ini mampu melaksanakan sesuatu pengendalian dalam masa satu juta sesaat.Ia juga berupaya menyimpan puluhan ribu aksara.

Dengan terciptanya transistor ini , kos pengeluaran dapat dikurangkan.contohnya komputer yang menggunakan transistor adalah ATLAS pada tahun 1962

Komputer jenis ini menggunakan cara storan cakera magnet dengan begitu baik.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

generasi ketiga

Komputer yang menggunakan IC mula digunakan di dalam generasi ketiga ini pada tahun 1965. IC merupakan litar elektronik yang bersaiz kecil dalam kristal. Kristal ini pula dinamakan dengan nama litar terkamil.

Dalam generasi ini, kebanyakkan komputer bercirikan litar bersepadu yang amat kecil yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Tetapi komputer ini mempunyai input dan output, storan serta pemprosesanyang lebih baik berbanding komputer generasi kedua

 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

generasi keempat.

Komputer pada zaman sekarang inidianggap sebagai komputer generasi keempat.Pada tahun 1971 Syarikat INTEL telah berjaya menggeluarkan bahan yang dipanggil mikropemproses(microprocessor)

Komputer generasi keempat ini mempunyai cirri-ciri pada unit storannya, diman ia lebih cekap dan kuat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Contoh mikrokomputer ialah

APPLE MACINTOSH

APPLE ITC. IBM PC/XT

IBM AT

BBC

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

generasi kelima

Adalah dipercai bahawa komputer pada generasi kelima berupaya bertidak dengan menggeluarkan suara daripada mikrofon yang disambung kepada komputer

Ahli-ahli sains begitu yakin bahawa komputer dalam generasi kelima berupaya membuat sesuatu yang melebihi apa yang komputer generasi keempat mampu lakukan.

Kesannya harga komputer pada generasi keempat akan dikurangkan kerana semakin banyak kemajuan dalam menghasilkan barangan yang diperlukan oleh generasi keempat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Pembekal kuasa

Ia penting untuk menghidupkan sesebuah komputer. Pembekal kuasa ini dapat dilihat jika penutup komputer dibuka. Ia berbentuk satu kotak besi yang bersambung dangan wayar yang berbagai warna.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Unit pemprosesen

Iaperlu dilakukan pengawalan ,penyimpanan data dan pengendalian aritmetik ke atas data input untuk mengeluarkan keputusan yang diperlukan.

Tujuan utama unit pemprosesan adalah untuk melaksanakan suruhan-suruhan dan memproses data yang terdiri daripada berjuta-jutakomponen individu elektrik.

Ia juga merupakan pusat kawalan bagi seluruh sistem komputer. Unit ini akan menerima dan menyimpan data daripada peranti input,memproses data mengikut suruhan pengatur cara dan menghantar hasil ke pencetak atau peranti ouput yang lain untuk dirakamkan.

Unit pemprosesen ini berkemampuan untuk melkukan pengendalian seperti menambah, menolak, membahagi, mendarab atau memindahkan data serta membanding dua kuantiti dalam beberapa per juta saat atau per seribu juta saat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

monitor

Ia merupakan sebuah alat yang akan memaparkan sebarang maklumat atau data yang dikehendakki. Melalui monitor pengguna dapat membaca apa yang direkodkan dengan pantas. Selain itu, setiap kesalahan dapat diperbaiki dengan cekap.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tetikus

Ia adalah peranti yang boleh digerakkan dengan menggunakan tangan untuk mengawal kedudukan kursor di atas skrin.Tetikus mempunyai kotak dengan butang di atasnya dan bebola dibahagian bawahnya.

Kotak-kotak tersebut diletakkan di atas permukaan rata dengan tangan pengguna

dibahagian atasnya. Apabila bebola digerakkan kursor juga bergerak mengikut arah yang digerak oleh pengguna.Maklumat kawalan dihantar kepada komputer bergantung kepada perisian penggunaan yang digunakan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Objektif Am :

 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 

Objektif Khas :

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Perisian

Bahagian adalah suruhan yang terperinci yang direka bentuk khas untuk mengarah komputer agar melaksanakan fungsi-fungsi tertantu.

Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, terlebih dahulu ia hendaklah mencapai aturcara yang telah ditulis dahulu bagi tujuan tersebut.

Setiap sistem mestilah disokong dengan perisian yang banyak.Perisian-perisian tersebut dibahagikan kepada perisian system perisian penggunaan dan amat penting untuk menyokong perkakasan.

Perisian sistem tugasnay adalah melaksanakan tugas-tugas piewai seperti menyusun dan menyelenggara fail, data, menterjemah sesuatu bahasa kepada bahasa yang mudah difahami oleh komputer serta banyak lagi tugas yang sukar dilakukan oleh manusia dalam masa yang singkat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pengimbas

Jika kita mengimbas kembali sejarah komputer, tujuan utama ia dicipta adalah untuk memudahkan manusiaterutamanya berkenaan masa dan perbelanjaan untuk melakukan sesuatu perkara.

Selepas satu jangka masa yang tertentu, didapati harga komputer semakin murah, bersaiz kecil dan bekemampuan melakukan kerja dengan lebih pantas dan berkesan kerana wujudnya penemuan-penemuan baru.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Cakera keras

Bagi stopran yang lebih banyak dan kelajuan capaian yang lebih tinggi daripada yang terdapat pada cakera liut, terdapat juga cakera keras yang bertujuan digunakan pada mini komputer sahaja.

Cakera keras yang diguna kan untuk minikomputer kebisaannya kecil. Tetapi saiznya lebih kecil daripada saiz yang selalu digunakan di dalam sitem mini komputer dan kerangka utamanya.Kebiasaannya saiznya lebih kurang 14 inci.

Kebiasaannay cakera keras yang terdapat di dalam minicomputer tidak boleh dialih. Muatan storannya pula daolam lingkungan 10 megabait hingga lebih daripada 300 meagbait.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Penutup

 Kemajuan sains dan teknologi telah membuktikan bahawa pada dekad ini Malaysia mampu menyaigi negara-negara maju yang lain menjelang tahun 2000. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa komputer pada tahun 2000 menjadi aset penting dalam kehidupan manusia. Besarnya peranan komputer ini sekaligus manaikkan taraf kehidupan dan mempercepatkan perjalanan kehidupan ini. Sebagai remaja, mereka seharusnya mendalami bidang ini supaya tidak dikatakan ‘seperti katak di bawah tempurung’ dan dapat seiring dengan peradaban dunia teknologi.

Proses menyiapkan folio ini dapat memberikan satu insperasi baru serta semangat kepada saya supaya berusaha mendalami ilmu komputer ini yang sememangnya lebih banyak kebaikkan daripada keburukkan.Siapnya folio ini setidak-tidaknya dapat bersama-sama menjadi bahan rujukkan dan bacaan kepada orang lain dalam mempelajari ilmu sains dan teknologi dalam bidang komputer.

 

Sekian Terima Kasih

mantailor

**************************************************